Thursday, May 8, 2008

BANGKITLAH..

مڠاڤ كيت ڤرلو ممبياركن اورڠ كافير دان يڠ بوكن ملايو ايت مڠمبيل كسمڤتن دأتس ڤرتليڠكهن كيت سسام اسلام... سسام بڠسا... بڠكيتله واهاي بڠساكو..

Penstrukturan subsidi tak jejas rakyat gaji kecil

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan terus mendapat manfaat apabila skim subsidi distruktur semula berikutan kenaikan harga minyak mentah yang semakin melonjak di pasaran dunia. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kenaikan harga minyak mentah dunia antara AS$100 hingga AS$120 setong menyebabkan tanggungan subsidi kerajaan meningkat kepada RM45 bilion tahun ini. Daripada jumlah itu, RM18 bilion adalah bagi subsidi produk petroleum, RM7 bilion dalam bentuk pelepasan cukai dan RM20 bilion tanggungan subsidi gas Petronas.

"Kami akan menyusun semula keseluruhan skim subsidi ini yang dijangka bertambah kepada RM45 bilion tahun ini dan terus meningkat. Penyusunan semula itu akan mengambil kira keperluan pihak yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah. "Kami akan membantu mereka yang memerlukan bantuan," katanya selepas melancarkan logo baru RHB Bank Group di sini, semalam. Turut hadir ialah Pengerusi RHB Banking Group, Datuk Azlan Zainol. Nor Mohamed berkata, penstrukturan semula skim subsidi itu perlu dilakukan segera kerana keadaan semakin terdesak berdasarkan harga minyak mentah yang terus melonjak sehingga melebihi paras AS$120 setong ketika ini.

Kelmarin, harga minyak melonjak ke paras tertinggi baru sebanyak AS$122.73 setong di pasaran dunia berikutan kebimbangan bekalan dan kelemahan dolar Amerika Syarikat. Harga komoditi itu berada pada paras melebihi AS$122 setong, semalam. Beliau menjelaskan, penstrukturan semula skim subsidi itu dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat mingguan jawatankuasa khas kerajaan bagi memantau kenaikan inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun beliau tidak menyatakan bila kerajaan akan melaksanakan penstrukturan semula skim subsidi itu, penganalisis menjangkakan perkara itu akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2009, Ogos ini.

Ubah cara Umno layan komponen BN????

Tertarik dengan kenyataan terbuka penasihat Parti Gerakan baru-baru ni yang jelas menunjukkan pelbagai persepsi yang pelbagai tentang kepentingan PERPADUAN ORANG MELAYU SAAT INI..

(BERITA PENUH) Apr 30, 08 / 6:51pm, Penasihat Gerakan, Dr Lim Keng Yaik mencadangkan beberapa pendekatan untuk memulihkan semula kekuatan Barisan Nasional, bermula dengan mengubah cara Umno melayan parti-parti komponen BN."Langkah pertama ialah meyakinkan Umno bahawa sikap cepat puas hati, angkuh dan salah guna kuasa mesti dihentikan.

"Ubah cara bagaimana Umno harus melayan parti-parti komponen BN serta memberi tanggapan kepada rakyat pelbagai kaum bahawa kita sama-sama duduk semeja merancang untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk satu kaum sahaja," katanya.

Tegasnya, parti-parti komponen BN tidak boleh dilihat seolah-olah seperti meminta sedekah dan persepsi inilah yang telah bertukar menjadi undi negatif dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Pendekatan kedua, tegas bekas menteri tenaga, air dan komunikasi itu ialah untuk kesemua 14, termasuk Umno, bergabung dan menjadikan BN sebuah parti pelbagai kaum.

Jika usaha itu gagal, katanya, 13 parti komponen BN yang lain boleh bergabung jika Umno tidak mahu berbuat demikian."Jika Umno tidak boleh menerima penggabungan BN menjadi sebuah parti pelbagai kaum [...] maka parti-parti komponen BN yang lain boleh memikirkan untuk bergabung dan menjadi rakan kepada Umno.Senario politik baru"Daripada bertindak mengikut cara masing-masing, (13 parti komponen BN itu) boleh menjadi sebuah parti yang besar dan ia akan memberi kesan yang lebih besar untuk berdepan dengan Umno," tegasnya dalam wawancara dengan Malaysiakini Isnin lalu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga tumbang di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.Bekas presiden Gerakan mengakui bahawa beliau gagal untuk mengubah senario politik dan BN untuk menerima pendekatan politik pelbagai kaum.Lim secara tidak langsung mengakui kekalahan Gerakan itu ada kaitan dengan Umno walaupun berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak mahu "menuding jari.""Dalam kawasan majoriti Melayu, Umno menyumbang (undi), tetapi Umno tidak menyumbangkan (undi) Melayu di kawasan bandar.

Kerusi pengundi campuran yang selamat sejak 15 tahun lalu, adalah yang paling teruk terjejas (dalam pilihanraya umum ke-12)."Bukan Melayu melihat keangkuhan Umno, ketuanan Melayu, keris dihunus, dan cara mereka berucap di perhimpunan agung Umno.'Siapa puncanya'"Kita (Gerakan) juga tidak menyumbang undi. Kita juga gagal. Tetapi siapakah yang menjadi puncanya?" tegas beliau.Ditanya mengenai pertikaian dalam Umno sekarang, Lim berkata, jika parti itu berterusan begitu, ia akan memberi kesan negatif dalam pilihanraya umum akan datang."Jika anda mahu menyelesaikan (pertikaian itu), lakukan dengan segera. Dan ia hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin Umno. Mereka perlu tahu apa yang terbaik untuk parti tersebut," tegasnya.

Umno berdepan dengan masalah dalaman apabila ada ahli-ahlinya mendesak dilakukan peralihan kuasa daripada presidennya dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Lim meramalkan bahawa Pakatan Rakyat juga akan berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh BN selama ini."Mereka akan berdepan dengan masalah sama yang kita hadapi selama ini. Mereka akan terpaksa menyelesaikan masalah dengan PAS seperti kita perlu menyelesaikan masalah dengan Umno."Mereka akan perlu menyelesaikan masalah masyarakat minoriti kaum India dan yang lain-lainnya secara saksama," katanya.

APA HAL LAGI NI...?

Dua laporan polis terhadap Karpal... Dirujuk kepada laporan MalaysiaKini, 8 mei 2008 jam 5.25 pm melaporkan dua laporan polis dibuat terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Kedua-dua laporan tersebut dibuat di balai polis Brickfields petang ini oleh dua pihak yang berlainan.
Pihak partama ialah Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) manakala satu lagi laporan dibuat oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM). BNBBC, dalam laporannya, mahu pihak polis menyiasat Karpal kerana mendakwa perbuatannya itu mempersoalkan kedaultan Raja-raja Melayu.

BNBBC mendakwa tindakan Karpal itu berunsurkan hasutan. Manakala BBPM pula menyifatkan tindakan Karpal itu sebagai biadap kerana hak-hak Sultan tidak boleh dipertikaikan.

Dalam laporannya itu juta, BPM turut membangkitkan kenyataan Karpal berhubung titah Tengku Mahkota Kelantan, berhubung hak istimewa orang Melayu.

Wednesday, May 7, 2008

HIJRAH KEARAH KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN..


"BARANG SIAPA YANG HIDUPNYA PADA HARI INI SAMA DENGAN HARI SEMALAM, MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG RUGI.. DAN BARANG SIAPA YANG HIDUPNYA LEBIH TERUK DARI HARI SEMALAM.. MEREKA ADALAH TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG CELAKA.. DAN SESIAPA YANG HIDUPNYA LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG..."
- AL HADIS -
"بارڠ سياڤا يڠ هيدوڤڽ ڤد هاري اين سام دڠن هاري سمالم، مريك اداله اورڠ-اورڠ يڠ روڬي.. دان بارڠ سياڤا يڠ هيدوڤڽ لبيه تروق دري هاري سمالم.. مريك اداله ترڬولوڠ دالم ڬولوڠن يڠ چلاكا.. دان سسياڤا يڠ هيدوڤڽ لبيه باءيق دري سمالم.. مريكله اورڠ-اورڠ يڠ برونتوڠ..."-الحديث -


Usaha satukan Melayu mesti bebas unsur peribadi

APABILA beberapa persatuan yang ditunjangi orang Melayu ingin bermuafakat untuk menyatukan bangsa demi keutuhan perjuangan dan hala tuju, maka seluruh umat Melayu di negara ini amat mengalu-alukan hasrat murni itu. Atas apa nama sekalipun penubuhan gagasan bertitik tolak daripada Kongres Permuafakatan Melayu di Persada Johor pada 2 Mei hingga 4 Mei lalu, ia mestilah ditubuhkan menerusi satu wadah yang tidak lain bertujuan melindungi hak orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gapena dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam kongres itu mengambil inisiatif untuk menyediakan gagasan bagi semua pertubuhan berteraskan Melayu menggembleng pemikiran dan kekuatan suara bersifat neutral politik demi survival ummah Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi.

Apa yang perlu ditekankan di sini semua persatuan ini wajar bersatu atas nama keikhlasan untuk memastikan hasrat mereka sampai kepada seluruh kaum Melayu seantero Malaysia. Hasrat itu walaupun jelas, ia perlu dilaksanakan ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak rambut tak putus. Orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 dihambat rasa keliru dan buntu apakah yang terjadi hingga 124 saja kerusi Parlimen milik orang Melayu termasuk yang dimenangi Umno, Pas, PKR dan parti dari Sarawak.

Tuesday, May 6, 2008

ALAHAI MELAYU..

ORANG-ORANG MELAYU HARI INI PERLU KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK DEMI MEMASTIKAN GENERASI AKAN DATANG TIDAK MENERIMA KESAN BURUK DAN KESENGSARAAN AKIBAT KEANGKUHAN, KESOMBONGAN DAN KERAKUSAN DALAM MENYUARAKAN PENDAPAT DAN MEMBUAT KEPUTUSAN...